Friday, March 18, 2011

Peria Katak

Resepi : Kerepek Goreng Peria Katak


1) Potong nipis dan rendam dengan air garam (jika tidak suka pahit)
2) Gaul dengan tepung berempah (aku hanya guna tepung serbaguna BESTARI HOT & SPICY)
3) Goreng 


Senang kan??
Ni aku belajar kat blog Catz 


Start makan peria ni pon tahun ni masa beli nasi kat cafe opis
Tapi makan fresh gitu, gigit bunyi krup krap lagi
Mmg pahit skit dari peria biasa tp ada umphhhhhhh
Balik kampung baru ni , aku suruh ibu aku kutip sbb ada pokok dia
Tp ibu aku rebus, tak brapa umphh sbb lembik.. aku suka keras-keras! hua hua


So pasar malam Selasa baru ni, aku pon pi la pasar mlm cina kt umah aku
Nampak je peria ni trus amek 2 bijik!
Kakak tu tanya masak apa beli 2 bijik je..hehe
Aku pon explain la nk buat kerepek bagai
Walhal termalu ambek 2 bijik
Nak test dulu..
Tapi pas mknnnnn perghhh rasa nak tanam pokok trus...


aku goreng sebijik sehari.. skali ngap tak sampai 1 minit..
cer cuba cer cuba...

Pengenalan
(bahasa Inggeris: bitter gourdbitter melonbalsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan,Asia TenggaraChina, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.


Kegunaan Masakan
Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.

Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina disebabkan rasanya yang pahit. Sayur ini biasanya digoreng, sering dengan daging dan douchi. Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.
Pokok peria katak banyak ditanam di seluruh India dan Pakistan di mana karela chip dimakan dengan penuh nikmat. Peria ini juga digunakan sebagai kuah sambar di India selatan ataupun disumbatkan dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng. Di India Utara dan Pakistan, peria dimakan, baik dengan daging kisar atau kekacang yang disumbat, mahupun sebagai tambahan untuk makanan daging atau kekacang.
Peria katak jarang digunakan di tanah besar Jepun, tetapi merupakan satu bahan yang penting dalam masakan Okinawa.
Sayur ini digunakan untuk berbagai-bagai makanan di Filipina. Satu makanan yang popular di kawasan Ilocos di Filipina ialah pinakbet yang terdiri terutamanya daripada peria katak, terung, okra, kacang buncis, tomato, kacang lima, dan pelbagai sayur-sayuran tempatan yang direndidih dengan air rebusan berdasarkan bagoong.
Tunas dan daun muda Peria Katak juga dimakan sebagai sayur-sayuran. Bijinya yang manis juga boleh dimakan, tetapi diketahui boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.

Kegunaan Perubatan
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. 
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, sertaPanama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. - wikipedia


5 comments:

  1. makan bunyi krup krap tu yg best tu kan ila :)

    ReplyDelete
  2. meks..aku da wat aritu tp aku x ske jgk sbb rasa pahit lg even da rendam air garam la nox

    ReplyDelete
  3. kak- :) haah bunyi tu mengasyikkan

    rinie- haha mungkin aku suka peria sbb tu leh mkn kot.. ko mkn je la kerepek pisang ek :)

    ReplyDelete
  4. sdap2..pnah mkn skali..xrsa pahit...so boleh la mkan

    ReplyDelete
  5. kali pertama makan kerepek peria katak di kedai makan mamak di. wangda maju seksyen 1, semenjak dari hari itu aku selalu berkunjung ke kedai makan tu,sekarang dah dapat cara memuatnyer seronok sekali boleh lah kalau terasa nak ..............bikin sendiri.

    ReplyDelete