Tuesday, March 22, 2011

mari belajar agama islam- part 2

Suatu Ahad yang indah..
Dato' ajak pi kelas kat ABIM
Aku dah la penat baru sampai dari kampung(lepas arwah tokwan meninggal)
Bajet nak tidoq baekk punya la pagi tu
Tapi kang tak ikut mcm aku tak support lak kan
Haruslah aku kena pi belajar skali baru la reti nak menjawab nanti

Yang tak tahannya.. aku suh dia pakai biasa2 je..ala2 jean n shirt
Dia cakap mana leh pakai selebet2
Kata nak pi belajar agama kan
Alih-alih dia siap ngan jubah panjang n kopiah afrika!
Tak boleh blah!
Terus aku kena pakai jubah gak
Itu pasal sedondon je kami pagi tu

Cari punya cari
Rupanya pejabat Abim tu sempoi je
ala-ala aku punyer sekolah agama rakyat kat Felda Tementi dulu
Masuk la opis dia, disambut baik oleh sorang mamat omputih ni
Rupanya rakyat USA..
Baiknyer la dia... senyum je.. dia dh revert so cuma nak attend class

Sampai je masa trus we all masuk satu bilik kuliah ni
Lecturer dia sorang Dr dari UM, tp aku tak kenal pon
Penuh la bilik tu
Ada pompuan2 yg datang ngan pasangan diorg (omputih...)
aku je datang ngan omitam :p
sebelah aku minah filipino
bukan sorang ok..ada kat 7 org bangsa dia
kagum aku tgok buku dia penuh nota kuliah yang lepas2

Pastu ada lagi beberapa omitam yg datang ala2 dress up cam P Diddy n rambut cam drogba
aku pon musykil tp takleh la nak simply judge kan
hanya Dia yang tahu segalanya..

Topik aritu ialah " Judgement Day"
Tapi dah terlepas la kuliah dari awal
Dato' suh Dr send email sbb kitorang lupa bwk pendrive
Dah dapt pon notes dia..
aku siap print n buat file ala2 pi kelas masa kt U dulu

Satu jam je kuliah
Pastu ada jamuan ringan
Ringan tak ringan ada la nasik lemak bungkus, kuih karipap n bingka ubi kayu
Perghhh aku control ayu so mkn je la karipap 2 bijik!

2nd class hanya utk intermediate level..
tak silap mengaji muqaddam kot
aku tak masuk
next time plak ler..

Dah msg dak Dada pagi2 tu
citer plan aku , trus dia ajak lunch kt umah dia
yeeehaaaa best mmg nk jln2 area sana
sbb tak pernah p Wangsa Walk
Sampai area dia still awal so melilau cari WW
Jumpa gak hehe
Jalan2.. rewang2.. sempat beli CD Learn Malay kat situ
Ceh bencik aku sbb klau aku ajar memanjang gelakkan aku
Tapi CD nak plak beli
takpe aku nak tgok berapa lama dia nk guna

Sampai umah Dada..dia dh siap2 masak
sedap oo makan sambal ayam n sup sayur
tak sangka kawan aku dah jadi mak mak gituuuu
Lepas makan mata dah berat
mintak izin pulang...
thx Dadariah kerna invitation ko.. muahahaha

terserlah kecerahan aku kan????? i loike
dalila panggil aku ibu illa~sweet kan (dulu berangan kalau kawen nak anak panggil ibu)
tapi sekarang dah tukar .. mummy bole?? wakakaka



Saturday, March 19, 2011

Bangi Kopitiam

Makan-makan di Bangi Kopitiam
Restoren ni milik Kid Search
Bos i belanja sbb tolong jd driver dia kejap

Aku order mee apakebenda namanya ntah
tapi mee besar tu dtg bersama pucuk goreng, daging cincang yg best, telur goreng n sup
Rasa dia ok ok je..tau la resepi kopitiam ni kan
Tak pedas pon harapkan kicap je..
Boleh laaaa

Menu-lain byk lagi cth mcm roti bakar
Alaaa mcm kat Oldtown n Paparich la..
So ada pilihan pada yg nak mkn ala2 kopitiam ni
Restoren ni design dia menarik sbb byk interior dia barang2 lama
cth yg aku paling suka patung arnab, tabung ayam, tin susu dumex dll
tv lama pon ada, teringat tv kat kampung aku yg klau nak tgok kena bukak tingkap dia..
byk laaa lagi.. mcm2 ada..
tp aku taktau nak terangkan kat mana lokasi dia..
pandai2 la cari..

kenyang giler ok..portion dia byk!

Friday, March 18, 2011

Peria Katak

Resepi : Kerepek Goreng Peria Katak


1) Potong nipis dan rendam dengan air garam (jika tidak suka pahit)
2) Gaul dengan tepung berempah (aku hanya guna tepung serbaguna BESTARI HOT & SPICY)
3) Goreng 


Senang kan??
Ni aku belajar kat blog Catz 


Start makan peria ni pon tahun ni masa beli nasi kat cafe opis
Tapi makan fresh gitu, gigit bunyi krup krap lagi
Mmg pahit skit dari peria biasa tp ada umphhhhhhh
Balik kampung baru ni , aku suruh ibu aku kutip sbb ada pokok dia
Tp ibu aku rebus, tak brapa umphh sbb lembik.. aku suka keras-keras! hua hua


So pasar malam Selasa baru ni, aku pon pi la pasar mlm cina kt umah aku
Nampak je peria ni trus amek 2 bijik!
Kakak tu tanya masak apa beli 2 bijik je..hehe
Aku pon explain la nk buat kerepek bagai
Walhal termalu ambek 2 bijik
Nak test dulu..
Tapi pas mknnnnn perghhh rasa nak tanam pokok trus...


aku goreng sebijik sehari.. skali ngap tak sampai 1 minit..
cer cuba cer cuba...

Pengenalan
(bahasa Inggeris: bitter gourdbitter melonbalsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan,Asia TenggaraChina, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.


Kegunaan Masakan
Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.

Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina disebabkan rasanya yang pahit. Sayur ini biasanya digoreng, sering dengan daging dan douchi. Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.
Pokok peria katak banyak ditanam di seluruh India dan Pakistan di mana karela chip dimakan dengan penuh nikmat. Peria ini juga digunakan sebagai kuah sambar di India selatan ataupun disumbatkan dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng. Di India Utara dan Pakistan, peria dimakan, baik dengan daging kisar atau kekacang yang disumbat, mahupun sebagai tambahan untuk makanan daging atau kekacang.
Peria katak jarang digunakan di tanah besar Jepun, tetapi merupakan satu bahan yang penting dalam masakan Okinawa.
Sayur ini digunakan untuk berbagai-bagai makanan di Filipina. Satu makanan yang popular di kawasan Ilocos di Filipina ialah pinakbet yang terdiri terutamanya daripada peria katak, terung, okra, kacang buncis, tomato, kacang lima, dan pelbagai sayur-sayuran tempatan yang direndidih dengan air rebusan berdasarkan bagoong.
Tunas dan daun muda Peria Katak juga dimakan sebagai sayur-sayuran. Bijinya yang manis juga boleh dimakan, tetapi diketahui boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.

Kegunaan Perubatan
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. 
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, sertaPanama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. - wikipedia


Thursday, March 17, 2011

Western Party awwwwwwwwwwwwwwwwww

Raya Cina yg lepas, aku blk mengadap keluarga.. cuti lama gitu
Aku  mana reti nak cuti kejap2
Kalau kejap jgn harap aku nk blk kampung
So sejak ada partner kt opis senang la nk cuti ni
sbb keje aku takleh main tinggal je
nanti "client" marah.. erkkkk

Memang dh plan awal2 nak main masak2 sbb semua balik
Cuma Qhadri je yg takda sbb kolej dia ada camping kt Perak
Sempena birthday Damia yg ke-2,
jadi aku plan buat mkn2 n party peringkat Kg Niyang Rapik..
Start hari pertama kat kampung dh start google resepi/menu
So selepas perbincangan dgn junior chefs....
master chef dah tau apa nak masak..
Gigih la kuar cari barang kat Giant..
Jom tgok gmbar je la..
penat nk buat karangan..
cerita bergambar lagi menarek kan???

kelassss kan masak western pakai baju kurung! ko hado??
tu junior chef i.. mak buyung pon kena take part..

chicken rosemary
1st trial..alhamdulillah menjadi pujaan ramai
resepi google kat blog mana dh tak ingat!

spagheti bolognese & mushroom soup
my specialist mmg spagheti ni, kuah special terbaik dari ladang ok!
mak tok aku suka giler mkn spagheti.. yummy

garlic bread
1st trial gak.. chef Dada ajar
sedap cicah mushroom soup instant i
dgn bantuan junior chef-jannah & aqie

coleslaw
1st trial gak.. tp tak bubuh carrot pon
hanya kubis purple n putih
ikut citarasa masing2 yer
dgn bantuan junior chef- mimi

desert- kek coklat kukus
yang ni mmg aku tak sentuh langsung sbb aku plg tak reti buat kek/kuih bagai
aku bagi idea je camner nak potong strawberry ni hehe
kek ni fully made by jannah, mimi n aqie

full table..
dlm tupperware kecik tu ada black pepper sauce..lupa nk snap cara2 buat dia

damia pelik pasaipa makcik2 dia spastik..

bukan kata makcik2 je..maktok dia pon spastik skali

bukan kata maktok dia je spastik..toknek n tok ngah dia pon sama
yg tua skali tu maktok aku (toknek damia)
atas tu mak ngah aku (kakak ibu aku aka tokngah damia)
bwh tu haruslah puan seri tuan umah kedaung

damia dgn makcik n pakcik darai
sape tau darai tu apadia??

big family.....


lastly
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MASTER CHEF ILLA
~kadang2 terpikir nape muda2 dulu tak ambek bidang masakan~
aku rasa interest aku sbnr2nya ialah memasak dan yg paling penting MAKAN!!


Di kala post ini dibuat, aku tgh menjalani ibadah puasa ganti..
Perghhhhhhhhh berkeriout perut aku!!





Tuesday, March 15, 2011

Mari Belajar Memasak - Nasi Goreng Afrika

Puan-puan..
Arini chef nak ajar masak menu paling simple!
Menu ni tok laki chef yang ajar
Giler babas senang
bila chef belajar masak menu sana, chef tak sangka masakan diorang sgt senang
tak susah mcm masakan kita sini
klau kita nk mkn nasi kena ada 4-5 mata lauk atas meja..
ayam sambal, sayur itu ini, ikan kering, sambal belacan, ulam bagai...
tapi menu sana semua masuk sekali ok!
tapi menu tu nanti chef ajar lain masa..
arini menu paling simple tapi sedap (janji tok laki chef suka!)

Bahan:

Tomato (bahan penting dalam kebanyakan masakan sana)
Bawang besar
Cili padi byk2 (tok laki suka pedas!)
Minyak
Kiub ayam (penting dalam kebanyakan masakan sana)
Garam

Cara:

1- Panaskan minyak
2- Tumis bawang, tomato n cili sekali.. (semua akan menjadi lembik seperti pes)
3-Masukkan kiub ayam, garam seterusnya nasi!


Tiga langkah je!!!
Senang kan....

Hasil :

Warna ala2 kusam je tapi rasa tangkap leleh! berair atas bawah..
Masa aku bwk pi opis , aku nk bg partner aku rasa..partner aku ckp mesti hitam kan nasi goreng kak illa..
No no no no tak hitam ok!
Ingat semua menda kena hitam ke??? gitewww
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulan :


Senang aku nak masak pasni..
tak payah tumbuk ikan bilis
tak payah letak sayur bagai
jimat masa, tenaga juga wang!
aku buat nasi goreng simple ni pon tok laki dah suka giler stok teringat masakan bonda dia
bayangkan kalau aku buat nasi goreng paprik campur mesti menanges dia nk kawen ngn aku cepat!
matik la berangan!

ok la puan-puan , ini resepi paling senang..
nantikan resepi yang agak pelik di lain waktu..
ni stok lalu la nk mkn lagi kot..
heeeeeeeeeeeeeeeeee

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Monday, March 14, 2011

Pergi....

8 Mac 2011(Selasa)


Perasaan berbaur2 nak pergi kerja..
end up aku tak pi keje
lepak  umah dgn mata yg bengkak
tido hingga ke tengahari
bangun je terus bersiap ke Jusco, hajat nak ke post office
Punya la ramai manusia menunggu nombor giliran gara2 pertambahan masa untuk membayar saman trafik

Tiba-tiba dapat call dr ibu
pelik jugak sbb jarang ibu call kul 3ptg
terus je ibu cakap "Tok Wan dah takde"
Sebak..
Control je..
Kuar Jusco , start keta, meleleh..

Call adik beradik
Call dato
Call kaunter bas

Lastnya, plan balik dgn adik aku Qiyam
Tunggu Qhadri dari Kuantan naik bas kul 5ptg
Sampai Bukit Jalil kul 8mlm
Tunggu Qiyam dari Seremban kat pukul 10++mlm sampai
Gerak balik dgn kereta baru yg masih berbau kedai

Berdesup..
Memang tak sempat nk tgok majlis sbb semua decided nk simpan pas Isyak
So balik jugak la
Tapi sempat la adik aku Mimi video call time kapan
hmmmm teknologi...
sedihhhh..
tapi redha sbb dah setahun tok wan sakit tua
sampai ibu dah tak berdaya lagi
mak tok pon sakit2 sbb menjaga tok wan

Arwah sblm ni dah tak nampak
tak dengar
suka meracau
kata doktor penyakit Alzhemeir
kata ustaz2 sbb gangguan
berubat sana sini
tapi di akhir hayat
arwah boleh mendengar, melihat, bercakap, selera makan
itulah kata org, klu dh lama sakit , di akhir2nya akan hilang semua tu

alhamdulillah semua dah selamat
semoga roh arwah tokwan dicucuri rahmat
tinggal la maktok seorang ditemani ibu dan ayah....

         ****gambar semasa kenduri Mimi thn lepas****
         nak buat frame?? sila klik  blog adik aku Qiyam


aku cuti direct sampai jumaat
hari sabtu baru balik KL
puas leh cuti sambil berehat
tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu....

Monday, March 7, 2011

mari belajar agama islam- part 1

Tajukkkk tak bleh blah..
mcm aku ustazah gitu..
tp mmg aku kat sekolah dulu bab agama terror!
aku rasa klau dipaksa mintak DPLI aku akan pilih samada nak ajar PENDIDIKAN JASMANI atau PENDIDIKAN ISLAM je..
tp confirm tak lepas nye interbiu
depa tgok aku punyer badan sesedap rasa camni mesti trus terpikir leh ke minah ni ajar PJ??
tgok aku dress up ala2 sukahatiakuapaakunakpakai mesti trus pikir leh ke minah ni ajar AGAMA??

Sebenarnya......
Kembali kepada tajuk asal... (sbb tu BM A2! buat karangan lintang pukang..)
Semalam bersamaan 5 Mac (Sabtu), aku n Dato telah pergi .....................................
MASJID NEGARA!

Setelah dikutuk dan dikeji oleh Dato sbb buat dunno/ tak amek peduli/tak bersungguh2,
dalam urusan pembelajaran/ kursus agama yang sepatutnya dia join..
kerna itu , aku telah mengesurf pelbagai site..
Mula2 nk join PERKIM
tapi kelas english dia tak byk n hari tak kena sgt ..
Tapi satu hari baca suratkhabar, Miz Nina n Noh Hujan p kursus kawen dlm bhs omputih kat ABIM
So dgn pantas aku surf ABIM nyer site, call opis dia, tanya itu ini, dpt email pasal timetable..
aku suka sbb everythng more in english..
Tunjuk kat Dato, trus dia accept nk pi..

Aku bukan apa, taknak la paksa2 kan..tu yg lengah2 je.. sekali gedebus kena marah..perghhhh..
Pasal imigresen pon kena gak aritu.. aku takut nk p tanya camne urusan kawen ngn foreigner sbb dgr klu guna pas pekerja takleh kawen, kena pakai pas sosial jer.. apakah kan..
Takut nyer pasal , mintak tolong partner aku call kan...
Rupanya leh kawen foreigner kalau pekerjaannya adalah profesional dgn kata lain bukan buruh2 kasar gitu.. So selamat tak payah tukar passport.........

So, ari sabtu tu pas dia abes kerja kul 1ptg, gegas2 aku n dia p KL..
Ikut timetable kelas start kul 3ptg, lmbt 30min..
Nak cari hall kat Masjid Negara tu amek masa gak, rupanya kat situ ada jugak dia buat kursus kawen n kelas2 agama lain tp tak pasti under ABIM atau apa..
Terus masuk pejabat ABIM n bermulalah langkah pertama...

Sister Norma yg attend kami n bwk pi satu bilik
Kelas hanya 1 jam n utk 1st time ni citer pasal introduction to Islam je..
Aku pon dgr sama la kan
Penerangan more kepada kewujudan Tuhan, kepercayaan kepada tuhan, apa itu Islam
Dato' tak byk ckp lagi.. dia hanya dengar n kaji dulu
Dia kata 1st class dia takleh nak argue2 lagi ( klu ngn aku ada je bahan debat), sbb masih dlm proses belajar lagi
Tapi bila satu2 bab selesai dia leh la nk tanya atau discuss..

So dpt 2 buku aritu..
Sister ckp nanti dia ajar ikut chapter dlm buku tu.
Nice!


Moga semuanya berjalan dgn lancar..
Pray for it..Amin...........

Sunday, March 6, 2011

rogol???

walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
lama giler tak update.. stock bersawang bagai
macam la ada anak pinak sampai sibuk sgt kan
walhal (ayat buku gitu), blk keje ngadap tilam je pon

azam aku HARI INI adalah taknak malas2 lagi update blog...
so bermula dgn citer hari ini AHAD 6 Mac pastu citer aku akan mengundur ke belakang..
mana2 aktiviti yg bergambar aku akan try update balik
agak2 basi tp layan je la

Hari ini punya cerita...
Bangun pagi layan Nasi Lemak Kopi O kat TV9
Sambil online check fb yg ala2 nak menopause tak lama lagi
Nampak adik aku Jannah online
trus suh online ym sbb nk webcam ngn bonda
Windu dh lama tak tgok muka
Nak hadiah hp yg boleh video call tak mampu lg..sabar yer bonda..



 Part 1
aku : pasaipa muka hangpa macam baru pas kena rogol??
adik : haha ibu cakap "dah lama tak kena ROGOL!"
aku : haha ibu mengong..

Part 2
aku: sapa ketung rambut ibu tu?
adik: adik la..ibu tanya cantek tak?
aku: cantek mcm rihanna
adik: ibu tak kenal sapadia
aku: cakap la cantek mcm Zaiton Sameon
adik: hahaha

Sempat ibu pi amek petai, anggur n limau semata2 nak tayang kat aku
Bajet aku kat nigeria ke??? Mcm aku takleh beli kat kl ni hahahha
Terus feeling mcm dok oversea kan
main2 webcam lak
nanti aku migrate p nigeria leh la layan webcam
ibu takla nanges siang malam tringat kat aku! ~kononnye..

Abes je webcam terus kemas umah secara besar-besaran...
Perghhhhhhhhhhhhhh penat...
Siap masak menu afrika arini
nanti aku update
Ni kira teaser dulu..
Tunggu...............

Chow bedah!