Showing posts with label frenzz. Show all posts
Showing posts with label frenzz. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

random~ makan2 raya 2010 part 1

21 Sept 2010 (Selasa) ~ Beraya ke umah Bayu


Menu : Nasi himpit, rendang ayam, kuih-muih, air sarsi

 Bayu sibuk prepare food.. kitorang datang kat kul 9pm 
 klassss ko pinggan konsep rimau lapar.. Ben jeling Bayu apasal????
 rendang yg amat sedappppp
 adik aku pon aku hangkut sbb kebetulan jumpa dia kt Bangi
 pasangan oren riang ria hari raya
besar ok umah baru Bayu ni.. bila la aku nk kawennnnn




23 Sept 2010 (Khamis) ~ Jamuan Raya KKM


Menu : kambing bakar, lemang, rendang kerbau, nasi himpit, sate, kuah kacang, tosai, roti canai, ayam tandori, ABC, air oren, buah langsat, rambutan, kuih raya, bahulu, char kuew teow, laksa johor.


sebelum melantak kambeng bakar
 menteri berucap ala kadar sbb semua mcm singa lapar
 kambeng bakar yg berjaya di cilok!
 sate yg light2 je rasa dia
selepas mentedarah! bwk mengucap...


24 Sept 2010 (Jumaat) ~ Jamuan Raya Umah Puan Hazira (EO opis)

Menu : Nasi tomato, soto, mee rbus, rojak buah, ketupat jawa (sedappppp), air oren, kuih muih

 nasi tomato
 bekas soto yg tak sempat bukak
 ketupat jawa
satu ni je muka aku sbb yg lain sibuk jd photographer..org lain layan makan tak hengat




24 Sept 2010 (Jumaat) ~ Jamuan Raya Umah Kak Yani


Abes makan umah Puan Hazira kami singgah umah kawan opis kat area Bangi tp takde la mkn hebat2 sbb ni kes terjah je.. mkn kuih2 n minum air sejuk giler..



cantek umah kak yani.. konsep english rose gitu


1 Okt 2010 (Jumaat) ~ Jamuan Raya Bhgn Pendidikan Kesihatan

Menu : Nasi goreng, ayam goreng, sate, nasi himpit, lemang, rendang ayam,rambutan, air oren





Ni baru part 1.. byk part lagi ..
percaya atau tidak berat aku naik dr 61 ke 65 gara2 mknn yg sedap2 ni
Paling aku suka makan drpd semua2 menu ni adalah lemang!
Lemang lemang lemang.. i loike :)


Sunday, May 9, 2010

pindah randah..

oh kenapa aku malas nak update padahal ada je cerita ceriti yg penting..
aku akan conclude semua yg terjadi dlm beberapa minggu di bulan April..

15/04/2010
Bilik Infoline aku!

Mustafa... kawan aku kat opis dh dpt keje lain..
Dia ni leh arapat sejak pi makan sesama..
Tgahari mmg selalu mkn ngan dia n Ida..
Oh kalau tgok dia makan mmg akan berselera ok!
Cara dia mkn perghhhhhh....
Dan pastinya takkan tinggal sebutir nasik pon..
Tapi apakan daya, dia dh dpt rezeki kt tmpt lain
Last pics with him...

Mujur ko tak merokok kan..
Kalau tak memang aku panggil ko mati pucuk.. :p
Some more pics geteks ngan best buddies yg lain..

so muka sape yg ada potensi jd mcmtu??
:p

27/04/2010
Beriyani Gham Putrajaya

Izzat Haiman.... kawan seunit aku..
Dia dpt keje lain gak.......................
Lagi la aku down sbb sape lagi nk buat minit mesyuarat ngan aku!
Dia ni aku start close sejak dpt p Sarawak sesama thn lepas..
Nampak skema je mula2 masuk opis..
Tapi lama2 terserlah peribadi sebnar..
Huhu...tak best la bila org yg dh segeng nak buat lawak tibe2 nk pergi..
Dia ni cool je..
Kalau aku gabra apa2.. dia still cool..
Mmg perangai lelaki kot..
Dia ni adik2 sgt..muda dr aku.. kirenye mcm aku sek menengah kwn ngn budak sek rendah..
Tp ada aku kesah kan.. janji ROCKSSS!
So kali terakhir dia banjer aku n geng bus sekolah mkn tghari..
thx Izzat!!

Bab mkn mmg gumbira si Izzat ni.. (aku pon!)
More pics ngn geng lain..

Oh makan adalah hebat ok..
Berpeluh Izzat membayar..
Bukan selalu kan.. :p
wpon tak bersama lagi kite still leh berfb :)

30/04/2010
PapaRich, Cyberjaya

Tujuan ke sini sbb nak jumpa kwn lama aku..
Nama dia Fizah..
Dia kawan time keje kt KTAK..
Sgt lama tak jumpa sejak benti dr KTAK..
Dia skrg keje area Cyberjaya, kebetulan dia nak bli produk yg aku jual..
So planned jumpa kt Paparich..
Dia still maintain ok wpon dh ada anak sorang :)

Ni la Fizah..
Byk kejadian aku lalui ngan dia time KTAK dulu..
Kejar2 dlm Alamanda (hanya aku n ko yg tau)
Semua sbb lelaki yg obses!
So ni gmbr2 pembuka selera yg lain..

 Ni Ida n Fiza..
Fiza ni pon nk pindah gak..
Kurang lagi sorang team mkn tghari..
Boleh tak 3 org berturut2 nak tukar tmpt keje?
tak ke stress mak ni yg dh 3 thn kat sini.. setia la konon..
padahal tak mintak keje lain pon..
takpe takpe..
3 org ni pindah aku leh sabar lagi..
Sampai la aku dpt tau kwn aku plg best nak gak PINDAH!!!
So nantikan entry serusnya............

Tido time...

:(

Friday, April 16, 2010

Seafood's Day

Ini kali pertama nak belanja en Sepul..
Selalu dia la baik hati banjer kitorg..
Itu la tugas pegawai kan.. perlulah jaga anak buah :p

Tghari kuar pi Alamanda sajok..
Aku pilih mkn kat sini memandangkan tetamu kita tak pernah cuba lagi sblm ni..

Takde apa nk citer..
Layan la gambar2 k


semak menu... nyum nyum
ida report kat en suami dulu.. 
 verangan mcm dlm lautan..
tak sabar tunggu menu
iskkkk tak leh blah
sepul terkujat tgok adik ni sembuq udang
seriussssssss sedap
dgn rakusssss...
sopan je kan..
muka dah kenyang tahap pandora..haha

Balik opis mmg ngantok giler..
Stok jawab tel sambil pejam mata..
Sampai ke malam kenyang ok..
So Sepul thn depan lak kitorg belanja ko...
Tapi ujung bulan jangan lupe ok..
Kali ni kite p rest Arab plak :)

Thursday, March 25, 2010

Restoran SeriPenang, Cyberjaya

Tarikh- 25.03.10 Masa- 1.00 tghari
Tempat - Restoren SeriPenang, Cyberjaya
Tujuan - En Sepul belanja makan sempena gaji

Ulasan-
-Yer, En Sepul suka belanja kami makan terutama bile dpt gaji.. moga rezekinya dimurahkan.. Sgt best makan kat sini mungkin berkat keikhlasan beliau.. :)

-Restoran adalah menarik.. boleh ditempah awal bagi sebarang aktiviti jamuan, dan akan ditempatkan di tingkat atas restoran

-Menu menarik.. sampai taktau nak pilih yang mana.. harga juga berpatutan.. sampai en sepul nak bayar pon dia tergamam, terus berkata rugi tak order lebih.. 

-Gambar tidak menarik kerna Puan Fida tidak membawa cik blue bersama arini.. yerla ari khamis..mana sangka ada projek best di waktu kerja..

-Menu arini : Langkawi Fried Rice (illa), Black Pepper Noodles (ida), Tomyam Noodles (Sepul), paling best sbb kitorang rotate makanan keliling.. harus la merasa semua kan.. mesti pelik pakcik2 korporat sebelah tengok.. tp sentap bila aku ckp "mesti diorg ingat kita adik beradik"..sepul membalas "kalau aku ngan ida mesti diorg ingat adik beradik..tp ko..." Erkkk fine aku tau la aku tone colour african huhu...


Moral- takde moral nyer sbb aku dah termakan nasik arini!!! chipanzi...