Friday, April 1, 2011

Mari Belajar Memasak - Egusi

Bontuit mak makin kembangggg pas baca ni..


Apa itu egusi?
Ya ini adalah masakan afrika lagi...
Kalau kita makan nasik dengan masak lemak ayam,
tapi org sana makan yam(keladi)/suji/garri(ibu kayu) dengan kuah2 seperti ocra soup(bendi)/egusi/ogbolo
tapi paling aku suka makan ialah egusi

Nak masak dia pon senang
Sebab semua masuk skali
ayam, lembu, kambing, ikan semua campur!
horror je bunyi dia kan...

bahan-bahan:

ayam/lembu
cili kering
bawang besar
egusi
sayur bayam
kiub ayam
garam
minyak kelapa sawit / minyak biasa
serbuk lada hitam

ha tu minyak kelapa sawit ok
orang sana suka masak guna minyak ni
perghhh bila masak bau dia sebijik macam kilang kelapa sawit masa aku dok felda tementi kat pahang dulu!


cara memasak:

rebus ayam/lembu sampai lembut
rebus bersama bawang, serbuk lada hitam, kiub ayam n garam skit


kisar egusi ni sampai halus 
pastu bancuh ngan air jadi mcm nestum

masuk minyak kelapa sawit tu
pastu dah panas masukkan egusi n goreng sampai agak masak

dah agak masak n kenyal baru masukkan cili yang dikisar

ni rupa paras ayam/daging yang dah rebus
pastu masukkan dalam cili yang dah masak tadi

pastu potong bayam halus-halus n campak dalam tu skali 

ni rupa paras selepas dah siap
horror tak rupa dia?? 
tapi rasa sedap mcm masak sambal kacang ngan daging time raya :p


Ni la resepi egusi
senang kan
lempar semua dlm satu periuk
pastu mkn ngan pounded yam/suji atau garri
simple..
kalau kita kat sini harus ada sambal belacan, sayur, ulam, ikan kering, telur masin..(umah aku je kot..)
kalau takde 6 pinggan lauk ataas meja tak lengkap..
tapi senang klu i kawen nanti mkn atas meja ada 2 pinggan je..
jimat sunlight aku...

antara kata-kata yg aku ingat masa pi kelas agama aritu
sister tu kata Allah bagi kita akal fikiran semua sama
cuma camner kita gunakannya
klau sebelum ni tak pernah terpikir nak belajar masak mknn aprika
tp dh terbukti aku leh lakukan...
hua hua hua
kembang buntuit suke hati... 
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


9 comments:

  1. nampak rupa paras setelah masak...sungguh sedap.
    Kalau akak nak mkn egusi atau masakan aprika, akak gi rumah illa ye *dengan wajah tak malu..hihi*

    ReplyDelete
  2. hhhe..wat buku koleksi masakn afrika la pasni..nt rajin2 wanda leh try mask..wpun bf bukan owg afrika..masak je lah :)

    ReplyDelete
  3. kak- hehehe boleh2 .. agak2 mengidam roger2 la.. :)

    wanda-nak buat buku resepikalah chef wang..hehe

    ReplyDelete
  4. hi i nak tnya, egusi seeds tu nak beli kt mna? thanks

    ReplyDelete
  5. egusi ni boleh beli kat ioi mall puchong, ada satu stall yg jual african stuff.. boleh jugak cari kat jusco..tp mahal skit... kalau nak cari barang2 mkn afrika ni mmg byk kat giant tmn connaught.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam sis, sy juga penggemar masakan afrika tp tak tau mana nk dpt red oil tu...merata sy carik sampai pegi estet kelapa sawit hahahah...
    boleh tau mana nk beli? terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. Cr kt ioi mall puchong or tmn connaught

    ReplyDelete
  8. Cr kt ioi mall puchong or tmn connaught

    ReplyDelete
  9. salam nak tanya blh tak email saya cara2 nak buat ilasa soup?
    xynix1805@yahoo.com

    ReplyDelete