Tuesday, March 22, 2011

mari belajar agama islam- part 2

Suatu Ahad yang indah..
Dato' ajak pi kelas kat ABIM
Aku dah la penat baru sampai dari kampung(lepas arwah tokwan meninggal)
Bajet nak tidoq baekk punya la pagi tu
Tapi kang tak ikut mcm aku tak support lak kan
Haruslah aku kena pi belajar skali baru la reti nak menjawab nanti

Yang tak tahannya.. aku suh dia pakai biasa2 je..ala2 jean n shirt
Dia cakap mana leh pakai selebet2
Kata nak pi belajar agama kan
Alih-alih dia siap ngan jubah panjang n kopiah afrika!
Tak boleh blah!
Terus aku kena pakai jubah gak
Itu pasal sedondon je kami pagi tu

Cari punya cari
Rupanya pejabat Abim tu sempoi je
ala-ala aku punyer sekolah agama rakyat kat Felda Tementi dulu
Masuk la opis dia, disambut baik oleh sorang mamat omputih ni
Rupanya rakyat USA..
Baiknyer la dia... senyum je.. dia dh revert so cuma nak attend class

Sampai je masa trus we all masuk satu bilik kuliah ni
Lecturer dia sorang Dr dari UM, tp aku tak kenal pon
Penuh la bilik tu
Ada pompuan2 yg datang ngan pasangan diorg (omputih...)
aku je datang ngan omitam :p
sebelah aku minah filipino
bukan sorang ok..ada kat 7 org bangsa dia
kagum aku tgok buku dia penuh nota kuliah yang lepas2

Pastu ada lagi beberapa omitam yg datang ala2 dress up cam P Diddy n rambut cam drogba
aku pon musykil tp takleh la nak simply judge kan
hanya Dia yang tahu segalanya..

Topik aritu ialah " Judgement Day"
Tapi dah terlepas la kuliah dari awal
Dato' suh Dr send email sbb kitorang lupa bwk pendrive
Dah dapt pon notes dia..
aku siap print n buat file ala2 pi kelas masa kt U dulu

Satu jam je kuliah
Pastu ada jamuan ringan
Ringan tak ringan ada la nasik lemak bungkus, kuih karipap n bingka ubi kayu
Perghhh aku control ayu so mkn je la karipap 2 bijik!

2nd class hanya utk intermediate level..
tak silap mengaji muqaddam kot
aku tak masuk
next time plak ler..

Dah msg dak Dada pagi2 tu
citer plan aku , trus dia ajak lunch kt umah dia
yeeehaaaa best mmg nk jln2 area sana
sbb tak pernah p Wangsa Walk
Sampai area dia still awal so melilau cari WW
Jumpa gak hehe
Jalan2.. rewang2.. sempat beli CD Learn Malay kat situ
Ceh bencik aku sbb klau aku ajar memanjang gelakkan aku
Tapi CD nak plak beli
takpe aku nak tgok berapa lama dia nk guna

Sampai umah Dada..dia dh siap2 masak
sedap oo makan sambal ayam n sup sayur
tak sangka kawan aku dah jadi mak mak gituuuu
Lepas makan mata dah berat
mintak izin pulang...
thx Dadariah kerna invitation ko.. muahahaha

terserlah kecerahan aku kan????? i loike
dalila panggil aku ibu illa~sweet kan (dulu berangan kalau kawen nak anak panggil ibu)
tapi sekarang dah tukar .. mummy bole?? wakakaka



Saturday, March 19, 2011

Bangi Kopitiam

Makan-makan di Bangi Kopitiam
Restoren ni milik Kid Search
Bos i belanja sbb tolong jd driver dia kejap

Aku order mee apakebenda namanya ntah
tapi mee besar tu dtg bersama pucuk goreng, daging cincang yg best, telur goreng n sup
Rasa dia ok ok je..tau la resepi kopitiam ni kan
Tak pedas pon harapkan kicap je..
Boleh laaaa

Menu-lain byk lagi cth mcm roti bakar
Alaaa mcm kat Oldtown n Paparich la..
So ada pilihan pada yg nak mkn ala2 kopitiam ni
Restoren ni design dia menarik sbb byk interior dia barang2 lama
cth yg aku paling suka patung arnab, tabung ayam, tin susu dumex dll
tv lama pon ada, teringat tv kat kampung aku yg klau nak tgok kena bukak tingkap dia..
byk laaa lagi.. mcm2 ada..
tp aku taktau nak terangkan kat mana lokasi dia..
pandai2 la cari..

kenyang giler ok..portion dia byk!

Friday, March 18, 2011

Peria Katak

Resepi : Kerepek Goreng Peria Katak


1) Potong nipis dan rendam dengan air garam (jika tidak suka pahit)
2) Gaul dengan tepung berempah (aku hanya guna tepung serbaguna BESTARI HOT & SPICY)
3) Goreng 


Senang kan??
Ni aku belajar kat blog Catz 


Start makan peria ni pon tahun ni masa beli nasi kat cafe opis
Tapi makan fresh gitu, gigit bunyi krup krap lagi
Mmg pahit skit dari peria biasa tp ada umphhhhhhh
Balik kampung baru ni , aku suruh ibu aku kutip sbb ada pokok dia
Tp ibu aku rebus, tak brapa umphh sbb lembik.. aku suka keras-keras! hua hua


So pasar malam Selasa baru ni, aku pon pi la pasar mlm cina kt umah aku
Nampak je peria ni trus amek 2 bijik!
Kakak tu tanya masak apa beli 2 bijik je..hehe
Aku pon explain la nk buat kerepek bagai
Walhal termalu ambek 2 bijik
Nak test dulu..
Tapi pas mknnnnn perghhh rasa nak tanam pokok trus...


aku goreng sebijik sehari.. skali ngap tak sampai 1 minit..
cer cuba cer cuba...

Pengenalan
(bahasa Inggeris: bitter gourdbitter melonbalsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan,Asia TenggaraChina, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.


Kegunaan Masakan
Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.

Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina disebabkan rasanya yang pahit. Sayur ini biasanya digoreng, sering dengan daging dan douchi. Peria Katak juga biasa digunakan untuk sup, dan sebagai teh.
Pokok peria katak banyak ditanam di seluruh India dan Pakistan di mana karela chip dimakan dengan penuh nikmat. Peria ini juga digunakan sebagai kuah sambar di India selatan ataupun disumbatkan dengan bawang dan tomato berempah serta digoreng. Di India Utara dan Pakistan, peria dimakan, baik dengan daging kisar atau kekacang yang disumbat, mahupun sebagai tambahan untuk makanan daging atau kekacang.
Peria katak jarang digunakan di tanah besar Jepun, tetapi merupakan satu bahan yang penting dalam masakan Okinawa.
Sayur ini digunakan untuk berbagai-bagai makanan di Filipina. Satu makanan yang popular di kawasan Ilocos di Filipina ialah pinakbet yang terdiri terutamanya daripada peria katak, terung, okra, kacang buncis, tomato, kacang lima, dan pelbagai sayur-sayuran tempatan yang direndidih dengan air rebusan berdasarkan bagoong.
Tunas dan daun muda Peria Katak juga dimakan sebagai sayur-sayuran. Bijinya yang manis juga boleh dimakan, tetapi diketahui boleh menyebabkan muntah dan sakit perut.

Kegunaan Perubatan
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin. 
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, sertaPanama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria. - wikipedia


Thursday, March 17, 2011

Western Party awwwwwwwwwwwwwwwwww

Raya Cina yg lepas, aku blk mengadap keluarga.. cuti lama gitu
Aku  mana reti nak cuti kejap2
Kalau kejap jgn harap aku nk blk kampung
So sejak ada partner kt opis senang la nk cuti ni
sbb keje aku takleh main tinggal je
nanti "client" marah.. erkkkk

Memang dh plan awal2 nak main masak2 sbb semua balik
Cuma Qhadri je yg takda sbb kolej dia ada camping kt Perak
Sempena birthday Damia yg ke-2,
jadi aku plan buat mkn2 n party peringkat Kg Niyang Rapik..
Start hari pertama kat kampung dh start google resepi/menu
So selepas perbincangan dgn junior chefs....
master chef dah tau apa nak masak..
Gigih la kuar cari barang kat Giant..
Jom tgok gmbar je la..
penat nk buat karangan..
cerita bergambar lagi menarek kan???

kelassss kan masak western pakai baju kurung! ko hado??
tu junior chef i.. mak buyung pon kena take part..

chicken rosemary
1st trial..alhamdulillah menjadi pujaan ramai
resepi google kat blog mana dh tak ingat!

spagheti bolognese & mushroom soup
my specialist mmg spagheti ni, kuah special terbaik dari ladang ok!
mak tok aku suka giler mkn spagheti.. yummy

garlic bread
1st trial gak.. chef Dada ajar
sedap cicah mushroom soup instant i
dgn bantuan junior chef-jannah & aqie

coleslaw
1st trial gak.. tp tak bubuh carrot pon
hanya kubis purple n putih
ikut citarasa masing2 yer
dgn bantuan junior chef- mimi

desert- kek coklat kukus
yang ni mmg aku tak sentuh langsung sbb aku plg tak reti buat kek/kuih bagai
aku bagi idea je camner nak potong strawberry ni hehe
kek ni fully made by jannah, mimi n aqie

full table..
dlm tupperware kecik tu ada black pepper sauce..lupa nk snap cara2 buat dia

damia pelik pasaipa makcik2 dia spastik..

bukan kata makcik2 je..maktok dia pon spastik skali

bukan kata maktok dia je spastik..toknek n tok ngah dia pon sama
yg tua skali tu maktok aku (toknek damia)
atas tu mak ngah aku (kakak ibu aku aka tokngah damia)
bwh tu haruslah puan seri tuan umah kedaung

damia dgn makcik n pakcik darai
sape tau darai tu apadia??

big family.....


lastly
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MASTER CHEF ILLA
~kadang2 terpikir nape muda2 dulu tak ambek bidang masakan~
aku rasa interest aku sbnr2nya ialah memasak dan yg paling penting MAKAN!!


Di kala post ini dibuat, aku tgh menjalani ibadah puasa ganti..
Perghhhhhhhhh berkeriout perut aku!!