Saturday, October 31, 2009

the day i knew i will missing him alot..

Agak lama aku tak update blog ni sejak ada nya facebook esp game2 yg buat aku lupa semua.. tq facebook sebab buat aku start enjoy main game. Aku ni bukan penggemar game, tp disebabkan farmville n cafe world, buat aku lalai.. pi mana2 pon ingat kat pokok n food.. huhu

Saat aku taip ni, sebenarnya aku sangat terasa keseorangan. My baby selamat pulang ke negaranya semalam. :( Memang la sedih tapi at the same time aku haapy sebab dia berjaya pulang slps beberapa tahun tinggal di Malaysia. Bukan senang untuk pulang semula ke negara sendiri kalau tak berduit, of course expectation kaum keluarga n kawan2 sgt tinggi terhadap mereka yg berhijrah ke negara org ni, if balik dgn tangan kosong.. faham2 je la kan.

Semoga kepulangan dia akan membawa erti kepada perhubungan ini. Semestinya perkara pertama adalah bisnes yg disandangkan ke bahu dia untuk diuruskan di sana, seterusnya barulah tentang hubungan kami yang akan dikhabarkan kepada kaum keluarganya. Walaupun kebanyakkan dah tahu pasal kami tapi mereka masih belum melihat aku, cuma abg dia sahja yg pernah aku jumpa dan abgnya sangat suka pada aku :) sebab apa? haha ada la sebabnya... :p

Ben berjanji akan pulang seberapa segera, dia sendiri risau nak tinggalkan aku lama-lama. Katanya pompuan ni mudah berubah! haha tau takut.. aku pon takut gak.. hubungan aku dgn dia bermula pada tahun baru 2009, takut la 2010 tiba-tiba dpt bf baru kan.. hehe tak mungkin lagi. Setakat ini dia la bf yang aku rasa paling serasi ngan jiwa aku dan tak byk karenah, susah la nk cari sebab kenapa aku bencikan dia and most of the time aku la punca klu gaduh2 ni.. tak pernah pon dia nak start dulu. aku mmg ada perangai buruk yg semua adik beradik aku tau. Kawan2 mungkin tak nampak, sbb pada mereka aku kelihatan lebih cool. Sebenarnya aku punya tahap kesabaran yang sgt teruk! Bak kata2 adik2 aku pada Ben (ketika percutian kami di Terengganu) yang aku ni mcm pompuan menopause.. asyik nak marah je..





Mlm 29/10 aku n kwn dia gerak ke airport dlm kul 10.30mlm, flight kul 2 pagi. Boleh lak tersesat2 gak maklumla aku takde la slalu ngat p KLIA tu , harapkan signboard je. Mujur sampai je kat kul 11.30mlm n kaunter pon dah bukak untuk check in. selesai semua kitorang makan skit kat McD sementara nak tunggu pukul 1pg. Aku takdela rasa sayu sgt mlm tu, mungkin sebab aku dah puas menangis sebelum tu. Terutamanya bila aku time aku tunjuk movie yg aku buat untuk dia, siap masukkan lagu syahdu lagi.. "How Do I live" dr Trisha Yearwood. Dia tgok pon aku tau dia sentap, siap ckp movie tu sgt sweet m touching, dia tak sangka otak aku ni berfungsi gak.. haha bukan apa aku kan slalu cr pasal ngan dia..

So bila dia dah masuk boarding area, aku n kwn dia pon blah la, dia pon ada call masa dh dlm flight. Aku sampai umah kul 2pg n takleh tido, dok la layan gmbar2 yg br snap.. huhu..
Bangun pagi nak p keje punyer la ngantuk tp takleh la ponteng lagi, byk keje..

Kat opis aku dpt dok kire time kul brapa la dia sampai Dubai, ye mmg dia kena transit kat sana dulu.. Ikut time 5am masa Dubai. Aku pon check la internet so kire dlm kul 10pg lebih dia sampai la. Tibe2 je msg yg aku sent kat dia delivered, maknanya btol la dia dh kat situ. Aku trus call tp ckp kejap je.Aku pasti topup dia pon dh kena deducted n abes... trus aku tlg topup balik n dia ckp apa2 msg je la sbb mahal sgt.

Dalam kul 7pg waktu Dubai dia akan gerak trus ke negara dia, hmm bila hitung2 kul 8mlm waktu Malaysia dia akan sampai n waktu negara dia adalah 1ptg. Huhu lamanya... aku yg tak senang duduk, ye la risau gak.
Kul 8mlm msg aku delivered lagi so aku tau dia dh sampai, trus msg tanya.. Alhamdulillah dia dh sampai. Tp aku takleh tel dia , aku pasti topup dh abes sbb tolak roaming.. Aku dok la tunggu dia call blk takde gak.. Sediah n trus tido. Kul 5pg terjaga trus check internet, takde online..aku msg lagi ckp risau semua. Tiba2 dpt call dr no sana, rupanya dia baru je dpt beli no sana.. huhu lega la skit dpt cakap...

Mmg aku rasa sunyi , adoi nak mkn pon tak lalu.. aku rasa mesti aku kurus cepat camni hehe..

Ok la nanti aku sambung lagi.. aku harap ari2 leh update so takde la aku sunyi sgt..

Sunday, September 6, 2009

d.a.i.s.y

last week..
aku melayan citer korea kat tv8
ingat macam kepam je kan
alih2 mcm menarik
memandangkan sgt la bosan
aku pon dgn sabar menonton
hmm mmg menarik..
pasal cinta
tau je la kan citer korea..
ala2 sopan n slow gitu
tp plot dia menarik pada aku..
n yang pasti membuatkan aku menanges sedu sedan..
rasa nak lari je cari si dia.. :p getek kan

Sunday, August 23, 2009

puasa - day 1

menu:
nasi goreng halia + ikan bilis + sosej
sambal ayam
air oren
buah tembikai
kurma


*abaikan gambar yg gelap ni, bukan candle light dinner ok... kamera aku rosak so mulai detik ini semua gmbar adalah dari telefon aku yang bernama 'pinky'

ari pertama puasa
alhamdulillah syukur
semua berjalan lancar
mungkin kerna aku mmg sahur dgn hebatnya

satu hari tak kuar rumah
dok melayan internet sampai petang
si dia ajak pi beli barang2 makanan pon malas nak kuar

dah dekat kul 5ptg , trus masuk dapur
nak masak nasi goreng je arini sbb takde bahan lain
dah suh si dia bukak pose sesama arini maklumla first day
si dia pon pose gak.. dia tak heran sbb sblm ni pon dah biasa pose..
tapi kadang2 tu aku tgok pose dia melampau hebat dr pagi sampai tgh mlm..
tapi ada jugak sampai kul 6 ptg je
tp bergantung la klu pose utk hajat tertentu , lama la..
gitu kan..

janji dia pose ngan aku..
siap tanya mcm2..
"can gas (kentut)?"
"can shower?"
mcm2 la...
tapi part dig sana sini tu puas aku nak terangkan..
jgn korek hidung,telinga,bon bon
and terangkan la juga apa maksud puasa dlm islam

tp serius aku ni tak reti la nak jadi cikgu
nak terangkan punye la susah
klu leh ckp bahasa kedah je senang
"hang jangan koreng pungkoq!"

time berbuke dok la prepare2..
mana la si dia tak sampai2..
cheras ke sini leh tahan gak
aku dh pesan awal2
ari first kena bukak sesama
klu tak kau sentap ( dah la tak blk kg kan)

mujur ngam2 azan tu dh sampai..
aku bg dia kurma (buat muka pelik)
berani tak ambik makan ( aku kan garang)
pastu masing2 makan dgn senyap..
abes cau cin cau


Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

hi frens..
dah lama aku tak berblog
blog lama aku dah tutup atas sebab2 yg tak boleh dielakkan
so ni aku sambung balik dgn nama blog yang baru

harapnyer semangat aku ni terus menerus la.. :p

apapon slmt berpuasa n maaf atas segalanya..