Saat aku taip ni, sebenarnya aku sangat terasa keseorangan. My baby selamat pulang ke negaranya semalam. :( Memang la sedih tapi at the same time aku haapy sebab dia berjaya pulang slps beberapa tahun tinggal di Malaysia. Bukan senang untuk pulang semula ke negara sendiri kalau tak berduit, of course expectation kaum keluarga n kawan2 sgt tinggi terhadap mereka yg berhijrah ke negara org ni, if balik dgn tangan kosong.. faham2 je la kan.
Semoga kepulangan dia akan membawa erti kepada perhubungan ini. Semestinya perkara pertama adalah bisnes yg disandangkan ke bahu dia untuk diuruskan di sana, seterusnya barulah tentang hubungan kami yang akan dikhabarkan kepada kaum keluarganya. Walaupun kebanyakkan dah tahu pasal kami tapi mereka masih belum melihat aku, cuma abg dia sahja yg pernah aku jumpa dan abgnya sangat suka pada aku :) sebab apa? haha ada la sebabnya... :p
Ben berjanji akan pulang seberapa segera, dia sendiri risau nak tinggalkan aku lama-lama. Katanya pompuan ni mudah berubah! haha tau takut.. aku pon takut gak.. hubungan aku dgn dia bermula pada tahun baru 2009, takut la 2010 tiba-tiba dpt bf baru kan.. hehe tak mungkin lagi. Setakat ini dia la bf yang aku rasa paling serasi ngan jiwa aku dan tak byk karenah, susah la nk cari sebab kenapa aku bencikan dia and most of the time aku la punca klu gaduh2 ni.. tak pernah pon dia nak start dulu. aku mmg ada perangai buruk yg semua adik beradik aku tau. Kawan2 mungkin tak nampak, sbb pada mereka aku kelihatan lebih cool. Sebenarnya aku punya tahap kesabaran yang sgt teruk! Bak kata2 adik2 aku pada Ben (ketika percutian kami di Terengganu) yang aku ni mcm pompuan menopause.. asyik nak marah je..
Mlm 29/10 aku n kwn dia gerak ke airport dlm kul 10.30mlm, flight kul 2 pagi. Boleh lak tersesat2 gak maklumla aku takde la slalu ngat p KLIA tu , harapkan signboard je. Mujur sampai je kat kul 11.30mlm n kaunter pon dah bukak untuk check in. selesai semua kitorang makan skit kat McD sementara nak tunggu pukul 1pg. Aku takdela rasa sayu sgt mlm tu, mungkin sebab aku dah puas menangis sebelum tu. Terutamanya bila aku time aku tunjuk movie yg aku buat untuk dia, siap masukkan lagu syahdu lagi.. "How Do I live" dr Trisha Yearwood. Dia tgok pon aku tau dia sentap, siap ckp movie tu sgt sweet m touching, dia tak sangka otak aku ni berfungsi gak.. haha bukan apa aku kan slalu cr pasal ngan dia..
So bila dia dah masuk boarding area, aku n kwn dia pon blah la, dia pon ada call masa dh dlm flight. Aku sampai umah kul 2pg n takleh tido, dok la layan gmbar2 yg br snap.. huhu..
Bangun pagi nak p keje punyer la ngantuk tp takleh la ponteng lagi, byk keje..
Kat opis aku dpt dok kire time kul brapa la dia sampai Dubai, ye mmg dia kena transit kat sana dulu.. Ikut time 5am masa Dubai. Aku pon check la internet so kire dlm kul 10pg lebih dia sampai la. Tibe2 je msg yg aku sent kat dia delivered, maknanya btol la dia dh kat situ. Aku trus call tp ckp kejap je.Aku pasti topup dia pon dh kena deducted n abes... trus aku tlg topup balik n dia ckp apa2 msg je la sbb mahal sgt.
Dalam kul 7pg waktu Dubai dia akan gerak trus ke negara dia, hmm bila hitung2 kul 8mlm waktu Malaysia dia akan sampai n waktu negara dia adalah 1ptg. Huhu lamanya... aku yg tak senang duduk, ye la risau gak.
Kul 8mlm msg aku delivered lagi so aku tau dia dh sampai, trus msg tanya.. Alhamdulillah dia dh sampai. Tp aku takleh tel dia , aku pasti topup dh abes sbb tolak roaming.. Aku dok la tunggu dia call blk takde gak.. Sediah n trus tido. Kul 5pg terjaga trus check internet, takde online..aku msg lagi ckp risau semua. Tiba2 dpt call dr no sana, rupanya dia baru je dpt beli no sana.. huhu lega la skit dpt cakap...
Mmg aku rasa sunyi , adoi nak mkn pon tak lalu.. aku rasa mesti aku kurus cepat camni hehe..
Ok la nanti aku sambung lagi.. aku harap ari2 leh update so takde la aku sunyi sgt..